Thursday, 27 January 2011

Actually,.,,.

hahahhahah,.,.,.mbe aku terbukak blog ni dan tanya aku dgn muka pelik 'awat hg punya blog tulis benda2 xleyh blah?',.,.,.hahahahah.,,.,.sebenaqnya aku ada 2 blog.,.,.,satu utk publish.,,.satu juz for me,.,.as my fwen,., when im in stess or sumthing wrong happened kat situ la aku luah2kan.,,.dy mmg the best fwen la ckp lu.,,.,.nak maki hamun apa pon suma dy on ja.,,.kalau nak tulis jiwang2 pon dy ok,.,,.,.,.blog tu segan la nak publish.,,..,hahahah.,,.,.nanti abes segala jiwang karat suma kantoi.,,.,so yg ni jela utk tatapan umum.,.,my diary juz for me n somone dat im really trust on.,,..,ngeheheheh,..,.,ish x sempat lg la nak story pasai my new life at new campus n new enviroment ni.,.,nanti cuti la nohhh.,,.,.

Tuesday, 4 January 2011

Garden of Knowledge and virtue

wuhuu long tyme no see yaaa,.,.,.im quite busy plus the internet connection so poor,.,.nak tulis blog kat cc malu2 sket,,.,nanti org baca,.,.,.ahahahah..,.,.actually byk benda aku nak story bout my new life at diz campus,.,.most weird campus in malaysia i think,.,.,.hahahah,.,.adushhh,.,.,.my spirit to wrote diZ night was flew,.,.,.hahahah,.,.next tyme la,.,.masa yg tenang sket aku tulis,.,,.

Monday, 6 December 2010

Langkah kanankah Aku??



today is 6th of dis 2010,.,.dat mean 2 more days to the enrollment of kuliyyah at gombak,.,.aku still x rsa exited or feel like on the cloud nine,..,.,
'u r offered to the kuliyyah of engineering,.,.bachelor in engineering (mechanical-automotive) (honour)'

,.,..,apakah itu,.,.,ditambah lagi dgn berita2 panaz mengatakan only 50% from the number of students taken will be grad from kuliyyah of engineering,..,.,where others??,.,.change course or dismiss laaaaaa.,,..,waaaa,..,so scary.,.,dat y im not really exited when offered dis course n im not told the other people outside family of UIA(exept my family la) coz they not really understood what actually UIA is,.,..,only jauhari mengenal manikam,.,.,hahahah,.,.,Ya Allah sesungguhnya aku sangat lemah,.,.insan yg tidak mempunyai apa2 melainkan kehebatan yg sedikit yg telah kau kurniakan ini.,,.i know im not go there for persuing the transcript of degree,.,.but i will remind myself every day to persuing the knowledge,,nama pon the garden of knowledge n virtue kan,.,..,.am I will get job in future with my degree??,..,a lot of jobless people outside,.,.im hope i can use my degree but im should prepared mentally n physically if dat not happened i must have B plan,.,.dat y knowledge is more important compare to the degree nowadays,.,.the other question to be asked if i got job with my degree,.,.am I will get a lot of money with my job???,.,.if the answer is yes,.,.am i will happy??,.,.how if my wife n children make a lot of trouble,.,.,.can I settle all problems facing by money??..,so Ya Allah tunjukkanlah aku jalan yg benar,.,.jalan yg membawa daku kebahagiaan di dunia dan akhirat,.,..,segulung ijazah belum tentu memberikan daku kerja,,.,.pekerjaan belum tentu memberikan daku wang yg melimpah,.,.wang yg melimpah belum tentu memberikan aku kebahagiaan,.,.rabbana hablana min azwajina wa zurriyatina qurrata 'ayun waja'alna lil muttaqinaimama,.,.,.kurniakan aku kehidupan yg sentiasa dlm rahmat dan diatas landasan menuju syurgaMu ya Allah,.,.,.jadikan daku insaan yg berguna kepada merea disekelilingku,.,.,.biarkan mereka gembira dgn kehadiranku.,,

'hablumminallah wa hablumminannass',,.

Sunday, 5 December 2010

semanis2 dodol,.,.bertambah manis di kacau bersama.,.,


hahahah.,.,mcm poyo gak kan title entry aku kali nh.,.,aku actually cilok dari iklan raya TNB je tuh.,,.,.ok lah.,,.sebenanya today ada feast sket at my home,.,.akikah my kezen,.,.,.pakcik aku wat keputusan nak wat kat umh aku,.,.so meriah la rumah aku hari ni,.,.,jam 7.30 pagi lagi ada dah org yg dtg nak tolong,.,.,.fuhhh.,,.salute lah org2 kampong aku nh,.,.really supportive,,.the bond between them really strong.,,.,.wlaupon harini seperti sedia maklum byk kenduri kan,.,.tapi jiran2 terdekat nh masih 'menyempatkan' diri mereka utk dtg n tolong..,.,.kenduri bukan bertujuan nak mengenyangkan hadirin.,...,,.org2 yg dtg bukannya pengemis,.,.tapi hikmahnya melebihi tujuan memenuhkan perut itu,.,.,.ukhwah fillah yg terbina itu bertambah manis melalui fiesta2 mccm nh.,.,.usik mengusik,.,.saling bertanya khabar,.,.x ke manis gitu??,.,.tapi sorry to say still ada la among the makcik2 nh umpat mengumpat tuh,.,.,bukan nak salahkan sapa2 maybe dalam x sengaja ia terjadi...tapi its ok la coz the benefit dat we got from feast like dis is too much,.,.inilah kelebihan tinggal kat kampung.,.,.kalau kat bandar2 entah berapa byk nak kena upah utk wat knduri mcm nh aku x twu la.,,,.hahahaah.,,.,.ok la smpai ni ja.,,..,nak gi meronda jap.,,.hahaha.,,.salam satu malaysia.,.

Sunday, 14 November 2010

kau yg ku kenali tetap tiada pengganti..,.,.


bumi SMKAB???,.,.yaaa ia adalah dunia baru buat aku ketika baru sahaja menamatkan pengajian di peringkat rendah,,.,aku ditempatkan di dorm T bersama2 rakan yg lain,.,.selang beberapa hari panggilan kedua mendaftarkan diri.,,.krisis kebudak-budakan berlaku ketika itu.,.,..,hahhahahah,.,.paggilan pertama ingin dihormati,.,walhal dlm pemikiran panggilan kedua mereka tetap sama,..,.,tiba2 ada pulak panggilan ke 3???,,.,.hanya seorang??,.,.rupanya dialah insan istimewa bernama Syazwan Bin Azizan,.,.wataknya yg rilekss dan selamba memudahkan rakan2 mendekatinya,..,dalam mindanya sentiasa memikirkan sesuatu untuk membuat orang disekelilingnya tertawa dan gembira,.,.aku masih egt bagaimana seorang rakan memberitahuku,.,.,.ketika dy baru mendaftarkan diri dy mengatakan dy adalah senior dan menyuruh seorang rakanku memanggilnya abg,.,hahaha.,.itulah dy jenaka selamba daripada seorang bernama syazwan.,.,.,pasti ia terpahat kemas dimindaku,.,walaupun umur jenaka itu sudah mencecah 7 tahun...,.hmmm,.,.aku x pasti waktu tepat bila dy digelar wanjan,.,.ada seketika panggilan 'wan katak' pernah dikaitkan dengannya,.,.itu ada lah gelaran salah seorang senior kami,namun akhirnya 'wanjan' yg kekal sebati dgn nya.,.sejujurnya aku jarang menghabiskan masa bersamanya kerana kami ditempatkan dilain kelas dan dorm,.,.,.namun rumah 'AHMAR' iaitu rumah merah kebanggaaan kami yg membuatkan kami sedikit rapat.,.,.semangat arwah dlm bidang sukan ini mmg sangat kuat..,..,beliau adalah salah seorang individu yg banyak menyumbang ketika rumah ahmar merangkul kejuaraan unggul ketika kami menuntut di tingkatan 3,,,..zaman zhafri la nih,.,.,.beliau sgt gigih berusaha,.,.sukantara,merentas desa,sukan sekolah,.,.,.semua beliau mencuba yg terbaik.,begitu juga dalam menyediakan bendera,sepanduk,menghias rumah,,.,.segalanya dilakukan dgn teliti dan bersemangat.,.dan mmg hasilnya sgt memberangsangkan.,,.,.ketika melangkah ke tingkatan 4,,.tahun yg cukup manis,.kalau x manis org x panggil 'honeymoon year' la kan,.,.ahhahah.,mana tidaknya kami 'terpilih' mengikuti rombongan ke Kuala Lumpur sempena pameran sains dalam ketamadunan islam,.,.pameran yg berlangsung di KLCC,.,.x perlu lah aku ceritakan bagaimana kami 'terpilih',.,.kaedah2 yg mencuit hati digunakan oleh Cg Termizi (Pak Ter) untuk memilih siapa yg patut dibawa mengikuti rombongan tersebut kerana bilangan yg boleh turut serta adalah terhad,.,.ia melibatkan pelajar tingkatan 4 dan 5 sahaja,.,.guru pengiring adalah Pak Ter sndiri dan Cg Norzihan yg tahap sportingnya jgn dipersoalkan,.,.ahahhah,.,msa lawatan tu kami tidur dlm bilik yg sama,,..bagaimana ghairahnya kami ketika itu hanya Tuhan yg tahu,.zaman ini merupakan zaman kegemilangan pakau,.,.pantang ada masa lapang kami akan bermain pakau yg sangat mencabar taktikal dan strategi pemainnya,.,.ahhaha..,.,waktu digunakan seoptimumnya untuk bersuka ria,,.,.dan ketika itulah pertama kali aku menghidu perfume 'mawi' yg digunakan oleh arwah,,.,.kami bergayut ditelefon sepanjang malam,.,.kesana sini didail,.,,,,.masih segar dalam ingatanku bagaimana ketika malam sebelum berlangsungnya pameran kami dibenarkan keluar,.,oleh kerana guru pengiring hanya 2 org menyukarkan kawalan,.,...,maka cg memberikan kami keluar tanpa guru tapi utk pelajar perempuan mesti ditemani pelajar lelaki demi menjamin keselamatan ditengah kota raya itu,.,.tetapi betapa frustnya kami bila tahu pelajar perempuan tingkatan 4 keluar dgn pelajar lelaki tingkatan 5,.,.,.perrgghhhh.,,.kelelakian tercabar,.,.apa lagi,.,..,didailnya kesana kemari,.,.meneka no bilik pelajar2 perempuan tingkatan 5,.,.,.dgn harapan nak keluar dgn pelajar perempuan tingkatan 5 sbg serangan balas,.,.yahahahahah,.,.,.kalau x silap aku waktu tu la kami mengenali senior bernama thuraya,ros n laen2,.,.hahahah,.,.tetapi akhirnya kami keluar bersama2 tanpa seorangpun student perempuan,,.,chow kit dironda,.,.menaiki monorail entah kemana,.,.tetapi akhirnya turun di bukit bintang,.,.bejalan sesuka hati tanpa mengetahui arah tujuan,.,.sungei wang plaza di takluki,.,.wahahaha.,.segala pub kami lalui,..,pemandangan aneh yg dicipta mat saleh dan minah saleh di selkeliling turut menghiasi,.,.,.,.,.x terkata gementar didalam hati,.di tempat org segala kemungkinan boleh terjadi,.,.selamat akhirnya jumpak jugak stesen monorail nak balik,.,.kami berpatah balik ke stesen chow kit sebab hotel kami menginap berdekatan chow kit.,,.,.dlm kebasahan hujan anak2 remaja dari SMKAB ini meredah kota raya,.,.meninjau barangan2 pelik yg dijual sekitar chow kit,.,.,.hahahah,.,.segala tanduk,,.segala minyak suma ada,.,.keesokan harinya selepas sarapan.,,.kami terus ke KLCC melawat pameran,.,.then puncak alam kot,.,.main salji!!!!!!!,.,.,.hahahaahah,.,.lepas balik dari lawatan tersebut x berapa lama aku 'ditukarkan',.,.,.ahhahaahaha,,.ayat x leh blah,.,.senang cakap aku pindah skolah la,.,.hubungan semakin jauh tetapi kami masih bertemu,.,.maen boling,tgok wayang,.,.bejalan raya.,,.still kami bejumpa,.,.,.kali terakhir aku bertemu arwah bulan ramadhan tahun lepas,.,.dy dtg ke majlis bukak puasa X-SMKAB di Uia PJ,,.,petang jumaat 12/11/2010 lepas bangun daripada tidur yg nyenyak aku tgok 14 miscall beserta 4 msg di nsetku,.,.aku silent fon msa solat jumaat tuh,..,so terlupa nak on balik,.,.dat y aku x sedar ada call n msg,,.,.kesemua 14 misscall dan msg2 diterima rupanya berkisar berita tentang arwah.,,biarpun berat untuk dipercaya namun itulah hakikat,.,.ternyata kasih sayang Allah terhadapmu melebihi insan2 lain di dunia ini,.,.kau tetap dipilihNya,.,.mudah-mudahan sebelum kau pergi telah dimaafkan segala salah silap rakan2mu ini,..,telah dihalalkan makan minum kami semua,.,.semoga rohmu dicucuri rahmat,.,.,.sesungguhnya kematian itu benar wahai saudaraku syazwan bin nor hayati,.,.sesungguhnya nikmat kubur itu benar.,,.,.sesungguhnya azab kubur itu benar,.,.jgnlah kau gentar ketika didatangi dua malaikat Allah kerana mereka juga makhluk Allah,.,.jawablah pertanyaan mereka dgn tenang dan jelas,,.Allah tuhanku,.,.Muhammad rasulku,.,.Kaabah kiblatku,.,.org2 mukmin saudaraku,.,.begitulah antara bait2 talkin yg dibaca yg masih segar dalam ingatanku,.,.Al-Fatihah,.,.

Friday, 12 November 2010

MELAYU

Melayu itu orang yang bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan.

Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar,
Janji simpan di perut
Selalu pecah di mulut,
Biar mati adat
Jangan mati anak.

Melayu di tanah Semenanjung luas maknanya:
Jawa itu Melayu, Bugis itu Melayu
Banjar juga disebut Melayu,
Minangkabau memang Melayu,
Keturunan Acheh adalah Melayu,
Jakun dan Sakai asli Melayu,
Arab dan Pakistani, semua Melayu
Mamak dan Malbari serap ke Melayu
Malah mua'alaf bertakrif Melayu
(Setelah disunat anunya itu)

Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan

Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara

Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual

Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba.
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi

Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri.
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak.

Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh dicari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga dijinjing
Maruah dan agama dihina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan

Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturrahim hati yang murni
Maaf diungkap senantiasa bersahut
Tangan diulur sentiasa bersambut
Luka pun tidak lagi berparut

Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Segala yang ada sanggup diberikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan:
"Dagang lalu nasi ditanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan disusu-susukan
Anak di pangkuan mati kebuluran"

Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan;
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada kebenaran;
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan.

Jadilah bangsa yang bijaksana
Memegang tali memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi tuan di negara Merdeka "

NUKILAN
Usman Awang